ThE ReAl oF mE!

ThE ReAl oF mE!

15/11/2011

MAKAN! MAKAN! MAKAN! Solatlah..

Hari ni dah masuk seminggu aku berdiet. Tergugat tengok family yang bergumbira dinner ramai2 dengan lauk pauk yang sedap2! Ish... nafsu ni.. So, ak pun ambil inisiatif untuk motivatekan diri ku. Heeeheee.. Sup sayur la.. bihun sup la.. bakso la.. mcm2 lg.. Dugaan.. Memang susah untuk aku lupakan nasi kerana nasi dah macam nyawa aku. huh! Pendek kata, smua susah. Korban masa n macam2 g.. kekadang ak xdapat tahan gak dugaan tu.. kantoi.. jamah jugak semulut, dua mulut n bermulut2. hahaaaa.. 


Kekadangkan kwn2, aku asa cam hidup ni untuk makan. smua nak.. n smua sedappppp!!! nyummy nyummy... hhmmm.. Bila difikir2kan balik, mudharat! Cuba renungkan, ade ke tak orang yang rajin melakukan solat sunat berbadan besar? mesti tak larat nak bangun malam n mcm2 alasan lah.. tambahn tengah sedap berselimut!


Aku berdoa : YaALLAH, tambahkanlah amalan ku dan jangan lah ditarik balik kemudahan yang ada padaku sehingga menyukarkan aku untuk beramal serta menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan padaku.. yaiyitu, solat!


Kerana...


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Ceeewah! Nak cerita ni..

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi tu hamil dan akhirnya selamat melahirkan anak. Baby boy! lelaki ni pun runsing lah.. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Huh!

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad S.A.W. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Betolkan kawan2?

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak td, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah yaiyitu Nabi Musa A.S dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi minumlah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam! Eeee.. Yucks! Berbalik pada cerita diet aku ni pulak..

Itu baru air bumbung rumah, macam mana pula dengan air tangan orang yang tak solat? hmmm..

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, perintahkanlah solat kepada warga rumah kamu kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur la kan.. hehe), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati termakan or terminum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

*Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Macam yang aku kata tadi.. solat sunat!

So...



**Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni sampai Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain, dah memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. 

Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.


Jadi, nak motivatekan diri dgn cara yang lebey berkesan dengan iman..

★ Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup ★ 



n... 

★ Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala ★ 



Chaiyok chaiyok for me oso n juge untuk kawan2 yang sedang berdiet even bukan untuk kurus tp untuk kesihatan.. kan ARNIDA ARSHAD! Huhuuuu









n juga..
"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali 
(1) orang-orang yang beriman,

(2) dan yang beramal soleh 
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran 

(4) dan yang berpesan2 pada kesabaran". 
~Surah Al-'Asr.


12/11/2011

‎6 PERKARA YANG ALLAH SEMBUNYIKAN

Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. 

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. 

Maka demi kemuliaann Ku dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...

" Kemudian Jibrail as meminta i zin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izi n dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? " 

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu : 

1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. * 
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. * 
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. * 
4 Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. * 
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). * 
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari. 

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam. 

Copied from:MBakhri Ir/facebook