ThE ReAl oF mE!

ThE ReAl oF mE!

15/11/2011

MAKAN! MAKAN! MAKAN! Solatlah..

Hari ni dah masuk seminggu aku berdiet. Tergugat tengok family yang bergumbira dinner ramai2 dengan lauk pauk yang sedap2! Ish... nafsu ni.. So, ak pun ambil inisiatif untuk motivatekan diri ku. Heeeheee.. Sup sayur la.. bihun sup la.. bakso la.. mcm2 lg.. Dugaan.. Memang susah untuk aku lupakan nasi kerana nasi dah macam nyawa aku. huh! Pendek kata, smua susah. Korban masa n macam2 g.. kekadang ak xdapat tahan gak dugaan tu.. kantoi.. jamah jugak semulut, dua mulut n bermulut2. hahaaaa.. 


Kekadangkan kwn2, aku asa cam hidup ni untuk makan. smua nak.. n smua sedappppp!!! nyummy nyummy... hhmmm.. Bila difikir2kan balik, mudharat! Cuba renungkan, ade ke tak orang yang rajin melakukan solat sunat berbadan besar? mesti tak larat nak bangun malam n mcm2 alasan lah.. tambahn tengah sedap berselimut!


Aku berdoa : YaALLAH, tambahkanlah amalan ku dan jangan lah ditarik balik kemudahan yang ada padaku sehingga menyukarkan aku untuk beramal serta menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan padaku.. yaiyitu, solat!


Kerana...


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Ceeewah! Nak cerita ni..

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi tu hamil dan akhirnya selamat melahirkan anak. Baby boy! lelaki ni pun runsing lah.. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Huh!

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad S.A.W. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Betolkan kawan2?

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak td, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah yaiyitu Nabi Musa A.S dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi minumlah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam! Eeee.. Yucks! Berbalik pada cerita diet aku ni pulak..

Itu baru air bumbung rumah, macam mana pula dengan air tangan orang yang tak solat? hmmm..

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, perintahkanlah solat kepada warga rumah kamu kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur la kan.. hehe), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati termakan or terminum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

*Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Macam yang aku kata tadi.. solat sunat!

So...



**Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni sampai Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain, dah memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. 

Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.


Jadi, nak motivatekan diri dgn cara yang lebey berkesan dengan iman..

★ Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup ★ 



n... 

★ Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala ★ 



Chaiyok chaiyok for me oso n juge untuk kawan2 yang sedang berdiet even bukan untuk kurus tp untuk kesihatan.. kan ARNIDA ARSHAD! Huhuuuu









n juga..
"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali 
(1) orang-orang yang beriman,

(2) dan yang beramal soleh 
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran 

(4) dan yang berpesan2 pada kesabaran". 
~Surah Al-'Asr.


12/11/2011

‎6 PERKARA YANG ALLAH SEMBUNYIKAN

Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. 

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. 

Maka demi kemuliaann Ku dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...

" Kemudian Jibrail as meminta i zin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izi n dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? " 

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu : 

1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. * 
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. * 
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. * 
4 Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. * 
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). * 
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari. 

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam. 

Copied from:MBakhri Ir/facebook

04/08/2011

Kaifiat Tarawikh

Rindunya pada Ramadhan.. Kini Ramadhan datang lagi.. Alhamdulillah.. Inilah satu-satunya bulan beribadah yang dipenuhi dengan kebaikan, hikmah dan barakah. Dalam bulan ini lah juga kita mampu mengenal diri sendiri kerana dalam bulan ramadhan ni, semua hantu, syaitan dan sekutunya dah kena rantai.
Jika kita mendapati diri kita sebaik-baik ummah, Alhamdulillah.. tapi jika sebaliknya yang berlaku, kita masih belum terlambat untuk mengubah segala kejahilan diri kerana tiada gangguan dan hasutan yang menyelubungi kita. Malah taufik dan hidayah yang akan ALLAH hadiahkan di atas kesedaran dengan penuh keinsafan.
Dan.. ingatlah rakan-rakan ku sekalian, tiada dosa yang tidak diampunkan melainan percaya selain dari ALLAH S.W.T. Allah itu maha pengampun dan penyanyang pada setiap hambanya. Jadi, marilah kita sama-sama mengharungi bulan yang mulia ini dengan penuh kekuatan untuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH..
Wahai rakanku sekalian, janganlah menagguhkan niat yang baik kerana hanya dalam bulan ramadhan inilah akan datang segala kebaikan dan keampunan. Sedarlah wahai rakanku bahawa bulan ramadhan juga semakin meninggalkan kita. Jangan kita sia-siakan peluang yang ada. Di antara hadiah yang ALLAH beri untuk setiap ummat yang hadir bagi mengerjakan tarawikh adalah :

Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.
Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 - Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan. Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 - Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 - Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sbanyak phala Nabi2
Malam 18 - Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 - Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang2 solihin.
Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.
Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).
Malam 23 - Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.
Malam 24 - Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26 - Allah kurniakan kpada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40thn ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 - Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 - Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: 

“Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’”.

30/07/2011

Wahai sahabat yang ku sayangi...

Semua orang pasti mempunyai sahabat 'SEJATI' kn..? Bagiku, mempunyai sahabat sejati adalah lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri, ego dan suka mengumpat kita di belakang. Korg penah rasa x? Waktu kita berduka, yang namanya 'KAWAN' itu akn mula sibuk dampingi kita dengan muka sedih yang hipokrit melampau sedangkan niatnya yang sebenar adalah untuk mencungkil rahsia untuk dijadikan buah mulut dan bahan untuk ditertawa... sampaaaaiiii hatimu kan 'KAWAN'..?

Kadang kala, apa yang kita alami bersama teman adalah melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuatkan sebuah persahabatan itu mempunyai nilai yang indah. Teringat lagi waktu dulu.. (Fikiran da melayang, back to past..)! Biasa la kan yang emang namanya perempuan a.k.a wanita..


da jadi habits pla begambar sama pokok, cium pokok, n dimana2 jua even in the middle of public.. who cares??? heeeeehee.. masa tu, ada pulak terselit seorang kwn yang kitorang tak brapa suka ni (sebab suka bermuka2).. masa tu asa cam.. hmmmm.. tak malu nye pompuan ni.., gedixxxxnye.. (dalam hati larrr) tp skrg, bila tinguk balik tu gambar.. geli hati... itulah kan..


ALLAH SWT akan menemukan tiap milik dan kepunyaan hambanya dalam pelbagai cara termasuk sahabat 'SEJATI'.. dan ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini secara berpasang-pasangan. Begitu juga manusia yang tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan mahupun menjadi kawan kepada seseorang malah sesiapa jua. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia akan dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.. abnormal??? huhuuu takot.. takot.. So, janganlaj kita menghasut sesama sendiri untuk bermusuhan yea..


Dan mungkin inilah juga antara hikmah, kenapa ALLAH SWT mencipta manusia daripada pelbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman ALLAH SWT dalam surah AL-HUJURAT ayat 13 bermaksud :


“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

TIPS
Ciri-ciri seorang sahabat 'SEJATI' :

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


Pendirianku :
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
Oleh itu, hargai dan peliharalah selalu masa dan pengorbanan persahabatan anda bersama sahabat.
** Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita **

28/07/2011

Kerinduan Ramadhan bakal menjelma kembali!


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…
Tak sampai sebulan sahaja lagi, Ramadhan bakal menjelma yang menandakan umat Islam akan menyambut bulan puasa. Semua orang tau bahawa tanda-tanda bulan Ramadhan ialah berdasarkan pengiraan kalendar Islam. Tapi ada beberapa tanda lain yang mungkin mengingatkan kembali tentang kehadirannya. Antaranya ialah :-
1. Bila iklan Kurma telah mula berkumandang di televisyen, radio dan suratkhabar.
2. Bila tempahan baju kurung atau baju melayu telah ditutup oleh tukang jahit.
3. Bila pihak hotel telah mula memasang banner untuk buffet Ramadhan.
4. Bila pihak hospital didatangi oleh lelaki yang mula berasa gastrik.
5. Bila ramai yang membincangkan tentang nak meniaga di pasar Ramadhan.
6. Bila pihak-pihak peniaga baju dan kain mula membuat promosi besar-besaran.
7. Bila peniaga kuih muih mula membeli bahan-bahan lebih banyak dari biasa.
8. Bila kat laman sosial dah mula bercerita pasal baju raya dan kuih raya pelbagai.
heheeee.. Okay cukuplah setakat ini. Walaupun konsep diatas tidak berapa elok tapi inilah hakikatnya. Apapun, semoga kita semua dapat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dengan sihat gembira dan mampu menunaikan tanggungjawab (rukun Islam yang ke-4).
Sekian…
p/s :- Sedar tak sedar Ramadhan kembali lg.. Sekejap je kan..

welcome to my first blogspot

im happy and this is my first blog tat ive created! yeeehaawww! anytin tat i need to noe fren?