ThE ReAl oF mE!

ThE ReAl oF mE!

30/07/2011

Wahai sahabat yang ku sayangi...

Semua orang pasti mempunyai sahabat 'SEJATI' kn..? Bagiku, mempunyai sahabat sejati adalah lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri, ego dan suka mengumpat kita di belakang. Korg penah rasa x? Waktu kita berduka, yang namanya 'KAWAN' itu akn mula sibuk dampingi kita dengan muka sedih yang hipokrit melampau sedangkan niatnya yang sebenar adalah untuk mencungkil rahsia untuk dijadikan buah mulut dan bahan untuk ditertawa... sampaaaaiiii hatimu kan 'KAWAN'..?

Kadang kala, apa yang kita alami bersama teman adalah melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuatkan sebuah persahabatan itu mempunyai nilai yang indah. Teringat lagi waktu dulu.. (Fikiran da melayang, back to past..)! Biasa la kan yang emang namanya perempuan a.k.a wanita..


da jadi habits pla begambar sama pokok, cium pokok, n dimana2 jua even in the middle of public.. who cares??? heeeeehee.. masa tu, ada pulak terselit seorang kwn yang kitorang tak brapa suka ni (sebab suka bermuka2).. masa tu asa cam.. hmmmm.. tak malu nye pompuan ni.., gedixxxxnye.. (dalam hati larrr) tp skrg, bila tinguk balik tu gambar.. geli hati... itulah kan..


ALLAH SWT akan menemukan tiap milik dan kepunyaan hambanya dalam pelbagai cara termasuk sahabat 'SEJATI'.. dan ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini secara berpasang-pasangan. Begitu juga manusia yang tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan mahupun menjadi kawan kepada seseorang malah sesiapa jua. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia akan dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.. abnormal??? huhuuu takot.. takot.. So, janganlaj kita menghasut sesama sendiri untuk bermusuhan yea..


Dan mungkin inilah juga antara hikmah, kenapa ALLAH SWT mencipta manusia daripada pelbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman ALLAH SWT dalam surah AL-HUJURAT ayat 13 bermaksud :


“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

TIPS
Ciri-ciri seorang sahabat 'SEJATI' :

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


Pendirianku :
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
Oleh itu, hargai dan peliharalah selalu masa dan pengorbanan persahabatan anda bersama sahabat.
** Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita **

28/07/2011

Kerinduan Ramadhan bakal menjelma kembali!


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…
Tak sampai sebulan sahaja lagi, Ramadhan bakal menjelma yang menandakan umat Islam akan menyambut bulan puasa. Semua orang tau bahawa tanda-tanda bulan Ramadhan ialah berdasarkan pengiraan kalendar Islam. Tapi ada beberapa tanda lain yang mungkin mengingatkan kembali tentang kehadirannya. Antaranya ialah :-
1. Bila iklan Kurma telah mula berkumandang di televisyen, radio dan suratkhabar.
2. Bila tempahan baju kurung atau baju melayu telah ditutup oleh tukang jahit.
3. Bila pihak hotel telah mula memasang banner untuk buffet Ramadhan.
4. Bila pihak hospital didatangi oleh lelaki yang mula berasa gastrik.
5. Bila ramai yang membincangkan tentang nak meniaga di pasar Ramadhan.
6. Bila pihak-pihak peniaga baju dan kain mula membuat promosi besar-besaran.
7. Bila peniaga kuih muih mula membeli bahan-bahan lebih banyak dari biasa.
8. Bila kat laman sosial dah mula bercerita pasal baju raya dan kuih raya pelbagai.
heheeee.. Okay cukuplah setakat ini. Walaupun konsep diatas tidak berapa elok tapi inilah hakikatnya. Apapun, semoga kita semua dapat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dengan sihat gembira dan mampu menunaikan tanggungjawab (rukun Islam yang ke-4).
Sekian…
p/s :- Sedar tak sedar Ramadhan kembali lg.. Sekejap je kan..

welcome to my first blogspot

im happy and this is my first blog tat ive created! yeeehaawww! anytin tat i need to noe fren?