ThE ReAl oF mE!

ThE ReAl oF mE!

28/07/2011

Kerinduan Ramadhan bakal menjelma kembali!


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…
Tak sampai sebulan sahaja lagi, Ramadhan bakal menjelma yang menandakan umat Islam akan menyambut bulan puasa. Semua orang tau bahawa tanda-tanda bulan Ramadhan ialah berdasarkan pengiraan kalendar Islam. Tapi ada beberapa tanda lain yang mungkin mengingatkan kembali tentang kehadirannya. Antaranya ialah :-
1. Bila iklan Kurma telah mula berkumandang di televisyen, radio dan suratkhabar.
2. Bila tempahan baju kurung atau baju melayu telah ditutup oleh tukang jahit.
3. Bila pihak hotel telah mula memasang banner untuk buffet Ramadhan.
4. Bila pihak hospital didatangi oleh lelaki yang mula berasa gastrik.
5. Bila ramai yang membincangkan tentang nak meniaga di pasar Ramadhan.
6. Bila pihak-pihak peniaga baju dan kain mula membuat promosi besar-besaran.
7. Bila peniaga kuih muih mula membeli bahan-bahan lebih banyak dari biasa.
8. Bila kat laman sosial dah mula bercerita pasal baju raya dan kuih raya pelbagai.
heheeee.. Okay cukuplah setakat ini. Walaupun konsep diatas tidak berapa elok tapi inilah hakikatnya. Apapun, semoga kita semua dapat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dengan sihat gembira dan mampu menunaikan tanggungjawab (rukun Islam yang ke-4).
Sekian…
p/s :- Sedar tak sedar Ramadhan kembali lg.. Sekejap je kan..

2 comments:

  1. aik! kak ida pun ade blog jugak! haha

    ReplyDelete
  2. hehe.. cam ne ika ley jd nurana? hehee.. pls join my blog. tq.

    ReplyDelete

Doakan Amanda Passolek sentiasa berbahagia.. (",)