ThE ReAl oF mE!

ThE ReAl oF mE!

14/01/2012

NAK KERJAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!


Demi mengejar cita-cita bagi mendapatkan segulung ijazah, banyak perkara perlu dikorbankan. Begitu lama masa, tenaga dan wang ringgit dipertaruhkan untuk mendapatkan pengiktirafan tahap pendidikan. Sume ni untuk ape ye? Untuk dapat krj yang elok la kannn... Macam-macam perkara yang dah aku lalui. Skrg, lalui masa susah nak cari krj plak. Siapa yang seangkatan ngan aku? Sila senyum... heheee. 



Aku tahu tiap manusia akan hadapi masalah yang sama namun mungkin cara masalah itu datang berbeza. Betol keeee??? Kekadang aku tertanya sendiri bagaimana korang menyelesaikan masalah bab cari kerja ni...? Aku ase aku da buat macam2 untuk dapatkan kerja berbanding ngan kawan2 lain. Dorg, senang je dpat (rezeki dorg kan).. aku... huuuu.. cedey tol. Kekadang aku rasa macam stress untuk mendapatkan kerja yang terbaik agar aku boleh jadi yang terbaik dan contoh buat adik-adik aku. Sumpah! susah gile aku survive. 


Korang tahu.. (da start story mory) aku siap pesan kat ayah aku yang aku tak kan terima wang die kerana aku nak die pula terima wang dari aku. (Dengan muka yakin dan berlagak). Ayah hanya mampu tersenyum dan berkata : Dah besar anak abah ni.. At the end of the month, suddenly laptop and camera rosak serentak. Waaaaaaa.... Nak nangis aku mase tu. Ape pown tak boleyyyy... 


3hari juga aku terkurung di rumah tanpa berbuat apa-apa. Korang tahu, one day aku bangun nak solat subuh, ada RM500 di tepi bantal mucuk aku. Mimpikah aku... Lalu aku gosok-gosok mata agar segera tersedar dari mimpi. Mungkin aku terlalu fikir and stress mahukan wang sampai termimpi-mimpi. Tapi, wang tu tak hilang dari pandangan. Hairan bin Ajaib. Dari manakah wang ini jatuh??? Maybe wang sesape tercicir sebab kami 1 family masih tidur sebilik. Huuuhuuuu.. Anak manja la kata kan.. Aku kejutkn adik-adik untuk solat jemaah sambil tanya wang siapa tu ye. Semua pown tak tahu.. 


Maybe wang ayah sebab ayah tak de. Da jadi kebiasaan beliau ke masjid and kami yang terlewat bangun ni akan bejemaah di umah aje.. Tak pe lah.. Aku letak je wang tu atas almari and abaikan je. Dah solat.. cam biase la bro.. nak baring balik. Sambil baring-baring, aku capai hape ku. Ada 1 mesej yang belom dibace. Bila plak mesej ni masuk. Seyes tak tahu. Sape lak yang mesej aku awal-awal ni.. ngomel dalam hati. Mesej tu berbunyi begini.. 


"Assalamualaikum. Kakak, abah tau kakak sedang stress lalui ujian dari ALLAH. 
Semua orang akan alami alam mula pekerjaan. Memang susah. 
Harap kakak bersabar dan terus berusaha untuk dapat apa yang kakak idam kerana abah akan sentiasa sokong anak abah selagi abah masih bernyawa di dunia ni. 
Tu ada duit RM500. Pi ambik laptop. Boleh guna untuk cari kerja online."


Tanpa disedari, airmata aku mengalir.. Ya Allah, dalam kesibukan dan strees, sesungguhnya aku telah lupa akan ujianmu terhadap hambanya... Baru aku sedar bahawa itulah ujianmu padaku. Ya Allah.. Ampunkanlah aku Ya Allah kerana kealpaan aku dalam mengejar harta dunia... 


Ayah.. Kasihmu terlalu bernilai buat diriku. Ampunkan aku atas tiap kesalahan dan keegoanku. Terima kasih kerana telah membesarkan aku dengan penuh kasih dan sabar hingga aku cukup dewasa. Maafkan anakmu yang berlagak pandai untuk berdikari demi mengenal dunia yang penuh keseronokan dan keasyikan hingga telah melupakan mu. Bersyukur pada Allah kerana ujian mu padaku telah menjadikan aku anak yang tetap setiasa bersama pengorbanan ibu dan ayah. Ya Allah, kurniakanlah aku pekerjaan yang baik dan halal demi membalas jasa dan pengorbananku ibu dan ayah selagi aku dapat mendengar suara tawa dari mereka.. selagi masa mereka masih ada untuk tersenyum padaku. 




Aku dah kesuntukan waktu bila terfikir umur mereka. Ibu dan ayah telah membesarkan ku selama 25 tahun. Tidak satu pun yang kurang dalam hidupku. Kini, umur mereka telah mencapai separuh abad. Sempatkah aku membalas jerih perih mereka dalam menghadapi kerenahku sebagai anak...? Kawan-kawan, apa perlu aku lakukan... 

No comments:

Post a Comment

Doakan Amanda Passolek sentiasa berbahagia.. (",)